Tuesday, October 13, 2009

Evolusi Rock


Hahaha...bile bace tajuk lu org mesti ingat wa nak citer pasal Evolusi KL Drift kan? Hoho...silap blog la bro....wa nak citer serba sket pasal evolusi rock, sejarah serta asal - usul salah satu cabang seni yang unik dan revolusioner (cam Indon lak wa cakap nie...)

Ok wa rase serba ringkasnya sejarah dan evolusi rock boleh di winzip kan kepada rajah peta minda nie...

Secara ringkasnye peta minda nie menceritakan secara ringkas sejarah perjalanan muzik rock hingga ia ber evolusi kepada genre2 muzik yang kita kenal pada hari ini....semua muzik2 yang dinamik serta bertenaga yang kite dengar hari ini adalah dari cetusan kreativiti pemuzik-pemuzik rock yang mencapai zaman kegemilangannya antara tahun 1955 - 1964. Bayangkan kalau tiada cetusan inovatif dari pemuzik2 rock zaman tuh tentu kita masih layan muzik klasik atau Beethoven aje hehehehe....

Akhir sekali ape yang wa leh cakap ialah For those who are about to rock....we salute you!






Rockerz pit


Rockerz Pit kini secara rasmi ditubuhkan pada tanggal 14hb Oktober 2009 sebagai platform wa nak kongsi lagu-lagu rock kegemaran wa. Wa nie dari segi luaran nampak normal tapi jiwa rock tetap ada walau umo dah nak jangkau 30! Veteran gak wa nie....dah ler ujong bulan nie birthday wa...terase makin tua..hohoho

Wa rase dengan melambaknye muzik2 dari pelbagai genre masakini seperti Hip Hop, R&B, Akapela (betul ke wa eja nie?) dan macam-macam lagi serta lambakan muzik2 dr Indon menyebabkan wa terasa nak curahkan isi hati dan pandangan wa pasal muzik rock...tak kire local or international semua wa minat....skrg wa pun da jadi pendengar no. 1 arena rock kat Sinar FM....bukan ape...wa membesar dalam era di mana rock mencapai kemuncaknya dan kenangan dr lagu2 yang wa dengar tuh wa nak abadikan dalam blog wa nie...kalau lu org anti-rock sila la tekan butang back di penjuru atas sebelah kanan browser lu org OK?

Pada wa rock nie magic....lirik2 menusuk kalbu dan bawa mesej yang berat seperti korupsi, anarki, penyelewengan malah mengkritik society kite tentang masalah2 yang dihadapi. Kebanyakkan lagu2 rock cam Wind of change - Scorpion, Soldier of Fortune - Deep purple dan The man who sold the world - Nirvana banyak bawak mesej2 tersirat untuk kita pikirkan. Wa nak tegaskan ye yang wa dengar lagu2 rock bukan cam kutu2 rayau yang selekeh selebet dengar k? Wa dengar mesej2 yang cuba disampaikan....bukan dengar kosong ajer...bukan cam bebudak skrg nie dengar lagu tapi tak hayati lirik....tak paham ape intipati yang cuba disampai kan! Cam Jack Black cakap dalam filem The School of Rock..." We rock to criticize The Man" Sape 'The Man' yang cuba dimaksudkan nie? Mereka adalah terdiri dari golongan pemerintah, ahli politik, manager dan pengurus, bos-bos, cikgu besar, penguasa, penyelia etc etc....kritikan bukanlah bermaksud wa dan wa punye fellow brotherz and sisterz anti-establishment tapi kuasa yang ada pada seseorang mesti dikawal! Power corrupts, absolute power corrupts absolutely!

Wa rase cukup laa wa meroyan buat mase skrg nie....It's a long way to the top if you wanna rock and roll....Rock hard bro!





Rock Playlist